Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
153,213
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

FARID dan Batrisya mengundur diri kerana nak mengambil suami Batrisya di airport. Ami pula tengah merajuk dan mengunci diri di bilik bacaan di tingkat tertinggi rumah ini, enggan ikut Umar ataupun Aqi balik ke rumah. Nak stay di Vila Orked dan kalau boleh, nak terus duduk di situ sampai dia boleh beli rumah sendiri.

“Kau berdua baru je berjumpa tapi dah berjaya tunjukkan kegagalan berumah tangga dekat anak-anak sendiri,” marah Maya.

“Si heartless tu yang start…” Umar memulakan.

“Aku pulak?! Kau yang masih tak berhenti-henti sendu sebab aku tinggalkan kau!”

“Tak boleh ke kau minta maaf macam manusia normal?!” Mata lelaki itu mencerlang seluasnya.

Bergaduh kembali.

“Abang…” panggil Mimi, perlahan sekali. “Sayang tau abang marah Aqi, tapi abang dengan Aqi berkongsi anak. Muda remaja yang tengah belajar kenal dunia. Usia yang sangat kritikal. Kedua-dua mereka masih tak kenal abang dengan Aqi sebagai ibu bapa. Boleh tak… kalau nak bergaduh sekalipun, bergaduh secara diplomat?”

Umar memandang isterinya dengan kening berkerut. What the?

Aqi pula merenung isteri Umar itu dengan curiga, tetapi responitu tetap dihargai. Kalau Mimi pun mengharap dia dengan Umar berbaik, bendaakan menjadi lebih mudah dengan lebih cepat. Lalu dia berpaling pada anaklelakinya pula.

“Emir,” panggilnya hingga Emir melangut dari handphonenya. “Ma minta maaf…”

Kening anak lelakinya itu terjungkit. “Sebab?”

“Kecewakan kau sedangkan kau mengharap ma dengan ayah buat perangai macam parents lain.”

Remaja lelaki itu terdiam. “Ma dengan ayah dah lama cerai, kan. Mungkin benda macam ni, Emir sepatutnya dah boleh jangka…” ujarnya rendah, berusaha menutup rasa terkejutnya.

Raut wajah Umar meredup. Air muka kosong pada muka anak lelakinya terasa menjentik hati. Dia mungkin tidak mengenali Emir selama 14 tahun, tapi boleh jadi anak lelakinya itu mahu bertemu dengannya sama macam Ami mahu bertemu dengan Aqi selama ini.

“Ayah pun minta maaf…” tambahnya kemudian, membuat Emir memandangnya pula. “Ayah akan marahkan mak kau kat belakang kau lepas ni.”

Maya menepuk dahi. Emir pula berkerut muka.

“Apa kata ayah tak payah marahkan ma langsung? Terus berbaik je?”

“Benda bukan mudah, Mir…”

“Sudah tentu mereka akan berbaik!” sampuk Mimi lekas. Bila Umar dan Aqi menoleh, dia mencerlangkan mata. “Kan?”

“Kau sure?” soal Aqi kembali. Menduga ikhlas Mimi nakkan dia dan Umar berbaik.

Si wanita tiba-tiba jem akal macam roadblock di tengah-tengah highway. Ragu-ragu menjamah hatinya. Dia hanya cuba menurut arahan Farid dan Batrisya, bukannya dia sendiri nak. Dia mahu Umar mencintainya sama macam lelaki itu mencintai Aqi selama ini.  Mayadikerling, dan melihat anggukan kepala si wanita, dia menyambung peranannya sebagai pendamai. Semoga Umar akan lebih menyayanginya selepas ini.

“Ya, aku sure. Please. Demi anak-anak kau?”

Umar dan Aqi berpandangan. Aqi menjungkitkan kening, bertanya tanpa kata. Lelaki itu mengeluh kemudian.

We’ll find a way. Its bad enough aku takda dalam life Emir sepanjang hidup dia… in which aku baru teringat kau sengaja sembunyikan dia dari aku… dan sekarang aku rasa nak marah balik!”

“Dah-dah laaa…” deram Aqi sambil bangkit berdiri. “Jom.”

“Kemana?”

“Pujuk anak perempuan kita tu la.”

“Kau pujuk la sengsorang! Kau yang start memekik—”

“Aku cakap jom!” Telinga Umar ditarik supaya bangun lekas. Lelaki itu mengaduh sambil bangkit. Aqi mendahului langkah ke tangga, manakala Umar mengekori di belakang. Lelaki itu sempat berpaling pada Mimi dan Maya sambil menggosok telinganya. Kerut di muka memberi gaya merungut kerana Aqi berani memiat telinganya macamlah dia budak bawah umur.

Maya dan Mimi hanya berpandangan.

Aqi dan Umar turun kembali kerana usaha mereka tidak membuahkan hasil. Usahkan menunjukkan diri, Ami langsung enggan memberi respon.

“Kak, nak master key?” pinta Umar, sedikit panas.

“Tak payah. Since dia anak kita, dia mewarisi baran kita. Kita perlukan element of surprise kalau nak pujuk dia.”

Element of surprise macam tinggalkan dia banyak kali?”

Would you stop that?” getus si janda sambil mendapatkan Emir. Kepala si anak lelaki digosok lembut. “Tolong ma?”

Mereka kini berdiri di luar rumah. Aqi, Umar, Maya dan Mimi berdiri sebaris umpama barisan pertahanan negara, manakala Emir tengah meregangkan otot. Bersedia nak memanjat ke tingkap di tingkat tiga, bilik dimana Ami tengah menyorok.

“Tak bahaya ke, Aqi?” soal Maya risau.

“Ala, tingkat tiga je.”

“Kerja gila apa la yang kau suruh anak kita buat.”

“Aku takkan suruh dia buat kalau aku tak yakin dengan kemampuan dia.” Umar dikerling. “Dia anak kau afterall.”

Umar diam. Lagak Emir yang dah macam monyet memanjat dari dahan ke dahan, dipandang. Aqi benar. Emir sememangnya athletic, sama macam kembarnya. Dalam tempoh sekejap, dia dah pun tergantung di lidah tingkap bilik Ami. Dengan tangan kanan bertahan pada birai tingkap, tangan kiri mengetuk tingkap itu.

Ami memuncul dengan muka terperanjat. “Bapak ah!”

“Ma dengan ayah minta maaf. Dorang dah berbaik,” ujarnya dan terus mengangkat tubuhnya macam chin up supaya dia boleh duduk di birai tingkap.

Ami terlopong. “Ni tingkat tiga, kan?”

“Ya.”

Mata hazel itu direnung dengan muka tak percaya. Dia tak pernah jumpa orang lain yang lebih athletic selain dirinya selama ini. “Kau memang sahih abang aku. Tak perlu ujian DNA dah.” Kepala dipanjangkan kebawah, pada ibu bapanya di bawah sana. Mereka sedang tersenyum. “Betul ke dah berhenti gaduh?”

Aunty Mimi dengan aunty Maya tolong hentikan mereka.”

Ami menjeling, masih tidak biasa melihat ibu bapanya bergaduh. Ditambah lagi dengan kehadiran abang kembar yang nampak gayanya,sihat tubuh badan sampai boleh memanjat dinding rumah hingga ke tingkat tiga macam monyet. Itu dikagumi sebab dia tak boleh buat!

“Kau main sukan apa?”

“Sekarang bukan masa nak berkenalan, Ami. Kita kena fikir macammana nak buat ma dengan ayah terus berbaik sampai bila-bila. Aku suggest kau terus berpura-pura merajuk selagi mereka tak berhenti bergaduh.”

Gadis itu mengangguk. iPhonenya berdering. Si ayah tengah menghubunginya. Ami menunduk lagi, melihat Umar memberi isyarat pada iPhone, meminta dia menjawab.

“Ye?”

“Amboi anak ayah. Marah benar,” ujar Umar bersama senyum.

Ami memuncung. “Ami tak pernah tengok ayah tengking orang macam tu. Bila ma muncul, ayah terus jadi serigala jadian…”

Lelaki itu terdiam seketika. “Ayah minta maaf…”

“Ma pun minta maaf!” jerit Aqi di sebelah telinga Umar. Kepala lelaki itu terpaling ke tepi, lalu Aqi dipandang dengan muka geram.“Buka la speaker,” pinta Aqi dan dituruti si lelaki.

Ami terus merenung dari tingkap biliknya. “Ami nak terus stay kat vila,” ujarnya, cukup untuk mengejutkan kedua-dua ma dan ayahnya hingga mereka sama-sama melangut. “Ami nak merasa keluarga yang penuh kasih sayang macam aunty Maya dengan uncle Farid. Kalau ma ayah tak boleh berbaik…Ami nak jadi anak orang lain je.”

Umar dan Aqi tergamam. Wajah si ibu itu memerah lalu, hampir menangis. “Jangan macam tu…”

“Ayah mengaku ayah terlalu marahkan ma kau sampai tak boleh nak tutup. But we’ll do better, kan Aqi?”

Yes! Yes! Lepas ni mungkin kita perlu banyak berjumpa, makan sama-sama… making memories semula, yes?” cadang Aqi pula sambil merenung lelaki itu.

“Asalkan kita boleh jadi functioning family, aku takda bantahan.”

“Kalau macam tu, kita buat makan-makan kat vila at least sekali seminggu,” sampuk Mimi kemudian, mengejutkan yang lain. “Kalau Ami nak menyorok kat vila je, memudahkan korang semua supaya tak perlu pilih nak berjumpa dekat mana. Akak pun akan gembira terima korang sebab rumah jadi lebih meriah,” ujarnya pada Maya.

Wanita itu terkedu seketika. “Ya. Boleh. Nanti akak bagitau bang Farid korang, tapi akak pasti dia akan setuju.”

“Tengok? Senang je.” Tangan ditunjuk pada persetujuan yang diperolehi dari tuan rumah. Selesai masalah.

Mereka semua berpandangan sebelum sama-sama mengangguk setuju. Emir menghilang ke dalam bilik Ami, nak turun menggunakan tangga di dalam rumah.

Umar menyumbat iPhone ke dalam jeans sambil merenung isterinya. Kurang pasti dengan cadangan yang baru keluar dari mulut itu. Dahlah meminta dia dan Aqi berbaik, lepas tu memberi cadangan untuk berjumpa pula. Itu aneh. 

“Kalau betul nak buatkan abang berbaik dengan my lost family, lebih senang buat kat rumah kita. Tak perlu susahkan bang Farid dengan kak Maya, tau.”

“Aku setuju. Rumah aku pun boleh. Dekat je pun,” sampuk Aqi. Mencuri dengar dari belakang.

Mimi menoleh dengan muka bengis. “Kau ingat aku akan biarkan kau ‘making memories’ dengan laki aku kat rumah aku sendiri? Jangan harap! Aku pun taknak laki aku kerap ke rumah kau dengan alasan nak bina‘functioning family’. Korang akan berbaik dekat vila depan anak-anak kau dan dalam pemantauan aku!”

Kedua-duanya berhenti melangkah, memandang Mimi terus berjalan laju ke pintu vila dengan muka segarang guru disiplin sekolah.

“Aku ingatkan dia dah berubah, tapi sama je rupanya...” komen Aqi perlahan tanpa melarikan renung dari belakang tubuh isteri Umar itu.

Umar tersenyum nipis. “At least dia sayang aku sepenuh hati dia, tak macam kau yang sentiasa pentingkan orang lain berbanding aku. Dia isteri yang jauh lebih baik dari kau.” Tambahnya lagi, menyimbah minyak ke dalam hati Aqi.

Wanita itu hanya mampu bersabar. “Apapun, aku happy kita decide untuk berbaik…” ujarnya, lalu menghulur salam.

Lelaki itu mengerut dahi. “Apa benda ni?”

“Simbolik pendamaian. Macam world leaders buat dekat world summit.”

Kening dijungkit, lalu tangan Aqi disambut. Aha. Dia lupa betapa kecilnya tangan ini. Lembut tetapi kuat genggamannya. Sememangnya seorang Aqi yang dikenali. Sebelum hatinya dihambat kenangan dan rindu yang selama ini ditimbus amarah, cengkaman tangan diketatkan hingga Aqi memekik sakit.

“Sakit la!” Spontan penumbuk kiri dilepaskan ke rahang Umar. Lemah sekali, tetapi cukup untuk membuatkan Umar putus fius.

Dan bila Farid dan Batrisya tiba ke vila bersama Nick, suami Batrisya, mereka sama-sama menonton persembahan di tengah laman.

Umar sedang yang memberi headlock pada Aqi. Kemudian wanita itu melawan dengan menggigit lengan Umar. Si lelaki menjerit sakit. Bila rangkulan melonggar, Aqi meletakkan kedudukan lengan Umar di atas bahu dan terus dihentam lelaki itu ke tanah. Namun Umar sempat melembutkan jatuhnya, menarik Aqi untuk jatuh sama sebelum menekan wanita itu ke tanah.

“Pasangan singa lahirkan anak-anak singa. Good riddance...”

 

BAHANA marahkan ayahnya smackdown emaknya di laman vila malam tadi, Ami memutuskan untuk keluar dari rumah si ayah dan berpindah ke rumah si ibu. Lagipun dia lebih suka boleh mendapat kasih sayang dari ibunya berbanding melayan Mimi yang sinis dan berhati sejuk. Dengan langkahnya ini, Mimi dengan ayahnya berbulan madu dalam rumah tanpa gangguan dia manakala dia boleh melalui hidup baru dan tenang di rumah ibunya.

Tetapi apa yang dirasakan win-win tidak dikongsi pada ibu dan ayahnya.

Umar menahan panas hati di luar rumah, memikirkan macammana dia nak melepaskan rasa kecewa kerana ditinggalkan si anak perempuan. Mimi pula enggan mengganggu emosinya. Ketika ini, biarlah Umar dengan perasaannya.

Nak serbu rumah Aqi dan paksa Ami balik rumah? Hohoho memang dia akan buat! Dah lah tinggalkan dia bertahun-tahun, sekarang berani merampas anaknya pula!

Semasa Umar baru keluar pagar, iPhone tiba-tiba berdering. Private number.

“Hello?”

“Aku ni.”

Kepala terus dipaling ke arah rumah yang jaraknya tiga buah rumah dari rumahnya itu. “Mana kau dapat nombor aku? Kenapa private number?”

Tak peduli. “Aku dah cuba pujuk Ami. Dia tetap taknak balik.”

Hidung Umar terjungkit. Aqi cuba membantunya rupanya? “Kau pujuklah bersungguh sikit. Takkan nak terus biar dia lari dari aku?” getus Umar tak puas hati, masih membiarkan dirinya dirasuk amarah.

“Kau main cakap je, boleh la. Selagi kau masih marah-marah kat aku, dia taknak duduk dengan kau katanya.”

Umar meraup muka. “Aku masih try, Aqi... 14 tahun kena main dengan kau bukannya benda yang aku boleh tolak tepi huhahuha suka suki...”

“Aku faham. You have your stance, tapi dia pun sama,” ujarnya, membuat Umar mengeluh. “Dia pula bersungguh nak duduk dengan aku, takkan aku nak halau. Aku nak jaga imej aku dekat mata dia.”

Betul juga.

“Jadi sebab tu aku call kau ni. Tolong hantar baju-baju dia ke sini. Baju sekolah segala bagai. Plush toys or whatever personal to her. Biar dia rileks dalam masa sendiri. Umur dia, kita tak boleh berkeras sangat. Lama-lama nanti, dia boleh biasakan diri ada dua rumah.”

Keluh dihembus panjang. “Tapi kenapa sampai tinggalkan bapak dia...”

“Dia tak tinggalkan kau, Mar... kami kat sini je. Kau boleh datang anytime, haha...” Tetapi difahami trigger bagi trauma Umar kerana kerap ditinggalkan. Aqi perlu memujuk gundah lelaki itu menggunakan faktor lain. “Dia bagitau aku dia tak sukakan wife kau. So its a blessing boleh menjauh dari mak tiri dia.”

Taktik Aqi berjaya. Fokus Umar beralih sepenuhnya. “Ermm...”

“Ami siap bahasakan Mimi sebagai aunty. Aku ingatkan Mimi kahwini kau supaya boleh jadi emak dia.”

“Yang sepatutnya jadi emak dia ialah kau!”

“Memanglah, tapi semasa aku being a selfish heartless bitch dan tinggalkan kau berdua—“ Terhenti seketika bila Umar melepas dekah. Sinis benar bunyi gelak yang dipaksa-paksa itu. “—Mimi sepatutnya pegang peranan pengganti aku sebagai emak Ami dan isteri kau. Sebab tu kau kahwini dia, kan?”

Aku kahwini Mimi sebab nak lupakan kau…. Namun dibuang jawapan itu dari kepalanya. “Dia nak kau seorang je sebagai mak. Dia taknak orang lain.” Dia beralih ke buaian di luar rumah dan duduk di situ.

“Sedih la macam ni. Eh kejap. Kejap tau!” Kemudian suara Aqi kedengaran jauh, malah tengah menjerit pada Emir dan Ami. “Sorry. Budak berdua tu tengah gaduh. Kau nak aku ambil barang Ami kat sana atau kau nak hantar ke sini?”

“Lebih baik aku yang hantar sebab aku tak rasa Mimi sudi terima kau datang sini.”

“Okie.”

“Ami dengan Emir gaduh? Kenapa?” soal Umar terus, benar-benar curious.

“Emir tengah cuba kasut roda Ami, tapi dia kerap jatuh. Lepas tu Ami marah sebab rosakkan kasut roda dia. Aku saspek dia akan lari balik ke rumah kau bila dia penat gaduh dengan abang dia.”

Gaduh dengan abang dia. Entah kenapa kata-kata itu menghangatkan hati si lelaki. “Eloklah tu. Ami dah ada abang baru. At least kali ni aku takkan risau Ami buat sumbang mahram dekat abang dia.”

“Lah. Junior sukakan Ami?” Terkejut.

“Wow. Kau sharp. Tapi Junior masih tak perasan. Dia anggap feeling tu harmless between siblings.

Pretend-siblings.” Dibetulkan terma tersebut. “Real siblings tak panggil adik mereka lil’ sister. Mereka panggil adik mereka lil’ shit.”

Ketawa Umar pecah lagi ke langit hingga mengejutkan Mimi di dalam rumah. Gelinya rasa di hati, gagal ditahan. Pengalaman menjadi adik selama lebih 30 tahun memberinya lebih dari cukup rasa simpati pada Ami.

“Kau bolehlah gelak, tapi aku yang pening nak leraikan mereka bila bergaduh, Mar…” keluh si ibu di dalam talian.

“Ya, aku dah tengok. Mereka pernah berkelahi dalam vila. Interestingly, Ami yang menang!”

“Kau punya pasallah ni! Ajar anak perempuan kau fight! Kau dah pernah jadi pembuli, sekarang kau buatkan anak kau pula ikut jejak kau jadi pembuli!”

“Kau pun pembuli sekolah juga. The blood runs in the family, Aqi...”

“Welp. Touche.”

Dan sama-sama tertawa seolah-olah lupa mereka tengah bergaduh. Umar menyenangi dinamik ini. Ketawa Aqi seperti menyimbah air sejuk pada hati yang marak. Marah yang bertakung bertangki-tangki sebelum ini memudar laju macam disiram hujan yang tenang. Yang berbaki kini ialah hati yang lapang dan ringan yang sudi menyelak buku baru di antara mereka.

Aqi berhenti ketawa.

Umar juga senyap.

Buat beberapa ketika, mereka membiarkan hening mengisi ruang. Masing-masing tidak menutup panggilan kerana menunggu masing-masing bercakap.

“Mar/Aqi...” Serentak. Terkedu, lalu tertawa.

“Kau nak cakap apa?” soal Umar bersama senyum kecil.

“Erm.... aku nak minta maaf... sebab tinggalkan kau...”

Terdiam lalu.

“Aku takkan bagi alasan kenapa aku buat apa yang aku buat selama ni... atau kenapa aku lukakan hati kau sebab hakikatnya, aku dah lukakan hati kau bertahun-tahun lamanya. You're hurting badly, and I'm sorry....  Tapi aku dah balik..."

Umar mencelah. "Tell me..."

"What?"

"Kenapa sampai hilang berbelas tahun?"

"Aku bawa bersama Emir supaya kita boleh hidup bersama untuk jadi keluarga yang lengkap..."

"Kau tak jawab soalan aku, Aqi..." 

"So, we can be a functioning family of five, if you will.

Muka diraup dengan sebelah tangan. Aqi nampaknya memang tidak akan menjawab soalan-soalan mereka mengenai keberadaan wanita itu selama dia menghilang. Akhirnya Umar mengalah bersama helaan keluhan panjang. Tak apalah. Memandangkan Aqi dah balik, mereka akan ada banyak masa nak mengorek rahsia wanita itu selepas inu. “Functioning family of five, eh... eh kejap, five?

“Mimi sekali... dia kan wife kau. Aku akan cuba buat kawan walaupun dia bencikan aku...”

“Hahah. Sedar diri pula kau.” Sinis.

Aqi turut gelak, membuat Umar menelan ketawa sinisnya.

“Dia juga ialah emak tiri anak-anak aku. Aku fully intended untuk kita berlima hidup harmoni. Thats okay, right?”

Umar senyap lagi sambil menggaru telinga. “Dengan syarat...”

“Apa dia?”

“Jangan tinggalkan aku lagi...” gumamnya.

Aqi terkaku. Tanpa dapat ditahan, ketawanya terlepas.

“Kenapa gelak?!” Umar sentap terus.

“Aku dah takda alasan untuk tinggalkan kau, Mar. Aku akan stay kat sini selagi mampu... and parent our kids with you...walaupun sebagai jiran.” Jaminan kedudukan Mimi sebagai isteri Umar dipastikan selamat dan Aqi tidak akan merampas Umar. Dia cuma mahu hidup bahagia walau sekadar cukup.

Dan si lelaki mendengus, tetapi kali ini hatinya terasa jauh lebih ringan. “You better.” 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena